Syarikat PG Hanya Menjual Emas

Masukkan email sahabat untuk maklumat terkini tentang pelaburan emas/rahsia emas dan banyak lagi tentang emas secara percuma terus ke email anda:

Salam sahabat semua……Orang disekeliling saya asyik bertanya ” Tak takut ke ditipu”.Baiklah mari kita sama-sama kaji tentang tentang Public Fine Gold Intertanional Sd.Bhd.Syarikat ini hanya menjual emas dalam bentuk jonkong dan dinar.Itu ajer…..Syarikat ini tidak menjanjikan apa-apa keuntungan yang lumayan dan sebaliknya.Syarikat PG hanya tempat untuk kita membeli emas dengan harga lebih murah berbanding tempat lain seperti kedai emas dan sebagainya.Urusniaga dengan PG amat mudah sekali……Bayar duit dapat emas……..tak bayar tak dapat ler emasnya……

Mungkin ramai dikalangan kita lebih selesa membeli emas di kedai kerana sudah biasa melakukannya.Namun sedarkah kita betapa ruginya membeli emas dikedai….Ini kerana harganya emasnya lebih mahal + kos + kos + tipu ( tidak semua tipu ) dan susut nilainya yang tinggi.Mengapa orang takut membeli emas ditempat lain selain kedai emas ? Ini mungkin kerana banyak penipuan dalam urus niaga emas.Sebenarnya , ditipu atau tertipunya kita bergantung pada diri sendiri….Kalau skim yang menjanjikan cepat kaya…mesti ada benda tak kena…so pandai-pandai lah selidiknya….hari ini ada satu lagi berita mengenai pelaburan emas yang menipu….terima kasih goldhunter kerana bertindak sebagai pemberita emas :)

SHAH ALAM 30 Okt. — Seorang pegawai syarikat pelaburan mata wang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu 30 pelabur untuk membuat pelaburan dalam mata wang emas membabitkan wang berjumlah RM994,898.

Wan Mohamed Wan Zin, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Tertuduh didakwa sebagai pegawai syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. telah memperdaya pelabur-pelabur terbabit untuk membuat pelaburan dalam mata wang “Kijang Emas Gold Bullion Coins” yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi, menyebabkan wang sejumlah RM994,898 dibayar kepada syarikat itu untuk faedah kegunaan akaun syarikat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No.139-1A, Pusat Niaga Batu Caves dekat sini, antara 1 Januari 2006 dan 31 Disember tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Utusan Malaysia

Related posts:

  1. Spread Antara Tiga Dinar Keluaran Tiga Syarikat Assalamualaikum dan salam emas buat semua….Sebagai seorang pelabur / pembeli...
  2. Emas Hanya Untuk Orang Berduit Salam sahabat emas.Emas hanya untuk orang berduit ? Boleh guna...
  3. Saya Hanya Perlukan Pembeli Emas Serius Salam sahabat emas semua , sejak 2 hari yang lepas...
  4. Pelaburan Emas Bukan Skim Cepat Kaya Salam sahabat emas….Hari ini cuaca agak baik berbanding semalam.Hujan itu...
  5. Berhati-Hati Dengan Sindiket Pelaburan Emas PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Syarikat PG Hanya Menjual Emas”

  1. emas kini says:

    update : syarikat PG juga membeli kembali emas yang dijual mengikut harga “We Buy” seprti yang tertera pada laman web PG

    [Reply]

Leave a Reply

  • Cerita Emas

  • Komen

  • Kategori

  • Recent Forum Posts

  • Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance