Tuesday, September 7, 2010

Beli Emas Bukan Untuk Di Gadai

December 4, 2009 by Sabri Ahmad  
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas

Salam sahabat emas…rentetan isu Bank Rakyat tidak lagi menerima goldbar dan dinar , saya ingin memberi sedikit pendapat pada semua pemilik goldbar dan dinar.

Apakah tujuan kita membeli emas ?

  1. Sebagai barang perhiasan ( barang kemas ).
  2. Sebagai simpanan / kunci kekayaan.
  3. Sebagai perniagaan / pelaburan / mendapatkan duit fiat .

Disini saya ingin menyentuh mengenai tujuan no 3 iaitu sebagai perniagaan / pelaburan.Pada pendapat saya , tujuan no 3 menjadi salah satu penyebab mengapa bank rakyat tidak lagi menerima goldbar / dinar.Mana tidaknya , anda pergi gadai emas dan pihak bank memberi anda duit fiat.Emas tersebut disimpan oleh bank dan emas tersebut tidak mendatangkan pendapatan pada bank (pendapatan bank hanya melalui kos upah yang dikenakan sahaja).Sedangkan bank memerlukan duit fiat bagi menambah keuntungan atau menjalankan sebarang urusniaga.

Alhamdulillah boleh dikatakan semua pelanggan saya membeli goldbar dan dinar sebagai simpanan.Saya sendiri pun selalu berpesan , supaya tidak menggunakan sistem pajak gadai sebagai tempat memperolehi duit fiat melainkan tiada jalan lain untuk mendapatkan duit fiat.

Memang tidak dinafikan kaedah pajak gadai dapat menggandakan emas / duit fiat namun saudara harus bijak mengurus duit fiat tersebut , jika salah langkah anda akan kerugian.

Related posts:

  1. Jangan Gadai Emas Tanpa Alasan Yang Kukuh Salam sahabat emas semua…..sebelum penyimpan emas / pembeli emas terlanjur...
  2. Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah...
  3. Cerita First Time Gadai Jonkong Emas/Dinar Di Bank Rakyat Salam semua sahabat emas tidak kira dimana berada.Catatan ini merupakan...
  4. Goldbar & Dinar Tidak Diterima Di Ar Rahnu Bank Malaysia Salam sahabat emas semua….gosip yang baru saya terima menyatakan goldbar/dinar/wafer/jongkong...
  5. Berbaloikah Pinjaman Peribadi Untuk Beli Emas Salam sahabat emas semua…..Ramai orang bercakap-cakap berbaloikah buat personal loan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Comments

6 Responses to “Beli Emas Bukan Untuk Di Gadai”
  1. solihan says:

    tuan.
    kalau kita x gadaikan emas tsbt, so camna kita nk dptkan untung dr pelaburan tersebut? dg sapa kita boleh jual emas tsbt? nk jual dg kdai emas, dh tentu kena discount?

    [Reply]

    putremas Reply:

    sy ingin betulkn sedikit salah faham. kita pajak bukan utk dpt untung tp utk lipat ganda modal. nk untung jual masa harga tinggi pd agen.

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    pajak gadai bukan tempat sesuai untuk kita memperolehi keuntungan,,,pajak gadai adalah tempat untuk kita memperolehi modal seperti kata putremas,,,ramai dikalangan kita sekarang menggunakan pajak gadai sebagai tempat untuk mendapatkan keuntungan padahal kaedah ini kurang sesuai bagi saya

    [Reply]

  2. MySuperKids says:

    Bank rakyat charge 0.75% charge simpanan setiap bulan kan? 9% setahun tu dh mcm loan peribadi. Takkan tak untung? Kos menyimpan brape sen je relatively.

    [Reply]

  3. cdanhash says:

    tujuan emas digadai…
    - untuk mendapatkan wang sementara
    - untuk digunakan sebagai modal untuk tambah emas

    bukan gadai emas untuk dapat untung…
    - untung jika nilai emas naik
    - rugi jika nilai emas jatuh atau tetap (sideway)

    [Reply]

  4. udi basuki says:

    pajak gadai memberikan keuntungan bagi yang mempunyai uang.
    bagaimana yang mempunyai emas?
    sebaiknya dijual ,uang fiatnya buat modal kerja.

    [Reply]

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!