Sistem Ar-Rahnu Diyakini
July 18, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
MEMANG sedih melihat ramai umat Islam terpaksa berurusan dengan institusi pajak gadai bukan Islam atau konvensional yang mengamalkan riba serta caj lain yang tinggi sehingga memudaratkan peminjam. Mereka sanggup beratur panjang mendapat wang segera bagi keperluan masing-masing biarpun terpaksa berurusan dengan institusi yang tidak Islamik. Pajak gadai bukan Islam mengenakan kadar bunga yang tinggi selain [...]
Dana Ar-Rahnu Ditambah
June 27, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
KUANTAN 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menyalurkan dana tambahan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi memperluaskan rangkaian pajak gadai berasaskan syariah, Ar-Rahnu ke seluruh negara. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, dana tersebut sebagai tambahan kepada RM200 juta yang disalurkan oleh kerajaan kepada Yapeim sebelum ini. [...]
Bank Islam Lancar Perkhidmatan Pajak Gadai Islam
June 16, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
KOTA BHARU, Rabu [16 Jun 2010]: Pelancaran perkhidmatan pajak gadai Islam Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini. Pelancaran perkhidmatan Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) di Kota Bharu ini merupakan peristiwa bersejarah yang amat bermakna bagi Bank Islam selaku perintis perbankan [...]
Ar-Rahnu Mampu Tangani Gejala ‘Ah Long’ Kata Perdana Menteri
June 16, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
KOTA BARU: Perdana Menteri berkata, sistem gadaian Islam mikro kredit wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana sistem berkenaan mampu membantu pembangunan ekonomi setempat dan menaikkan taraf hidup rakyat. Kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sejumlah 4.3 juta rakyat negara ini sudah menikmati skim itu dalam memberi pinjaman segera kepada peniaga dan mereka yang memerlukan [...]
Pajak Gadai Ar-Rahnu Agrobank
April 7, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan. Kelebihan Skim Ar-Rahnu. Pembiayaan mengikut Syariah. Cepat, mudah dan selamat. Lebih murah. Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan [...]
Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM
February 8, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada mereka yang belum Islam.Alhmadulilah dengan izinNya diri ini masih mampu mencoret sepatah dua kata di dalam blog yang tidak seberapa ini.Sebelum saya bercerita panjang lebar mengenai topik kita pada hari ini iaitu Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM , saya ingin mengingatkan mereka yang masih keliru tentang EmasKini.com. EmasKini.Com adalah Master Dealer [...]
Jual Barang Kemas , Beli Goldbar @ Dinar Emas
December 5, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam sahabat emas….Kalau tidak silap saya 2 hari yang lepas saya menerima satu mesej dari seorang hamba Allah yang ingin menjual rantai emas.Mengikut maklumat yang saya perolehi , beliau membeli rantai tersebut pada tahun 2006 dengan nilai +-RM7,000.00.Agak-agak sahabat semua berapa berat rantai emas dan nilainya pada masa sekarang.
Beli Emas Bukan Untuk Di Gadai
December 4, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam sahabat emas…rentetan isu Bank Rakyat tidak lagi menerima goldbar dan dinar , saya ingin memberi sedikit pendapat pada semua pemilik goldbar dan dinar. Apakah tujuan kita membeli emas ? Sebagai barang perhiasan ( barang kemas ). Sebagai simpanan / kunci kekayaan. Sebagai perniagaan / pelaburan / mendapatkan duit fiat . Disini saya ingin menyentuh [...]
Goldbar & Dinar Tidak Diterima Di Ar Rahnu Bank Malaysia
December 3, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam sahabat emas semua….gosip yang baru saya terima menyatakan goldbar/dinar/wafer/jongkong emas atau seumpamanya tidak lagi diterima di Ar Rahnu Bank dot dot dot ( teka sendirilah ).Inilah menjadi persoalan sebilangan besar peniaga dan pembeli jongkong emas dan dinar. Adakah emas dalam bentuk goldbar/dinar/wafer/jongkong emas tidak bernilai ? Adakah kami menjual dan membeli emas curi ? [...]
Bank Rakyat Sasar Buka Lima Cawangan Ar-Rahnu Tahun Depan
November 17, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
PETALING JAYA, 16 Nov (Bernama) — Bank Rakyat merancang membuka lima cawangan Ar-Rahnu X’Change baharu menerusi rangkaian francaisnya tahun depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Kamaruzaman Che Mat. Kamaruzaman berkata cawangan-cawangan ini dijangka dibuka di Taman Sri Muda di Shah Alam, Kota Kinabalu di Sabah, Kota Bharu Kelantan, Cheras di Kuala Lumpur dan Subang Jaya, Selangor. [...]
Buat Duit Dengan Sistem Gadaian Ar-Rahnu
November 17, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas, Rahsia Emas
Salam sahabat emas semuaa…..Ramai pembeli dan sahabat emas saya bertanya , macam mana buat duit melalui sistem Ar-Rahnu lebih-lebih lagi Ar-Rahnu Bank Rakyat.Baiklah , saya pun belum cukup matang dalam selok belok pelaburan emas.Tapi apa yang saya dapat kongsi dari pengalaman dan sedikit sebanyak infor dari orang yang berpengalaman. Cara untuk buat / tambah pendapatan [...]
Jangan Gadai Emas Tanpa Alasan Yang Kukuh
November 11, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam sahabat emas semua…..sebelum penyimpan emas / pembeli emas terlanjur , menyintai saya baik saya berpesan sebelum terlambat.Topik kita pada hari ini mengenai gadai emas di Ar Rahnu atau lain-lain tempat.Saya rasa isu ini perlu di perjelaskan kerana ada segelintir pembeli emas / penyimpan emas membeli emas semata-mata ingin digadaikan.Anda harus ingat , pelaburan emas [...]
Keuntungan Pertama Dari Emas
November 1, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Analisa Harga Emas, Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam sahabat emas…Hari ini punya cerita mengenai keuntungan pertama melalui emas yang aku beli dengan PG minggu lepas.Keuntungan ini saya perolehi melalui sistem gadaian di Ar Rahnu BR.Walaupun keuntungan ini tidak nampak dengan mata kasar namun hakikatnya tetap keuntungan.Keuntungan ini berdasar harga belian emas dengan PG dengan nilai semasa marhum di Ar Rahnu BR. Pada [...]
Cerita First Time Gadai Jonkong Emas/Dinar Di Bank Rakyat
October 28, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
Salam semua sahabat emas tidak kira dimana berada.Catatan ini merupakan kisah sebenar saya dengan Ar Rahnu Bank Rakyat.Lebih kurang pukul 11 pagi saya membawa jonkong emas dan dinar berjumlah : jonkong 100gram-1 , 50gram-2 , 20gram-2 dan 10 dinar-1 , 5 dinar-1 dan 1 dinar-4 untuk digadai. Setelah tiba giliran saya , saya membawa semua [...]
Soal Jawab Ar-Rahnu
October 27, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas
1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn? Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan. Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus Dewan, 1993). Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin [...]











