Posts Tagged ‘emas malaysia’

Senarai Blog Tentang Emas di Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Hari ini semakin ramai mula “celik mata” mengenai emas , namun dalam waktu yang sama masih ramai yang tidak tahu/ragu-ragu tentang emas.Kalau kita lihat , secara online memang bidang emas semakin populor tetapi secara offline masih kurang.Ini kerana info/ilmu tidak sampai pada mereka yang tidak tahu kaedah akses maklumat secara online/internet.

So tugas kita semua , menyampaikan info/ilmu mengenai emas secara mulut ke mulut ( bukan bercium :) ).Kaedah ini amat mudah untuk dizahirkan sebagai contoh anda keluar minum bersama rakan anda , so daripada anda borak-borak kosong baik anda sampaikan info/ilmu tentang emas.Tidak rugi anda menyampaikan info/ilmu yang berguna pada rakan anda kelak anda juga akan menerima balasan. (more…)

Emas Hanya Untuk Orang Berduit

Salam sahabat emas.Emas hanya untuk orang berduit ? Boleh guna ke “statement” seperti ini ? Jika sekali pandang pada statement ini memang boleh di percayai kerana harga emas yang agak mahal.Saya sering di lontar dengan perkataan “kaya kau beli emas”.Betul ke saya kaya :) . Saya tidaklah sekaya Sultan Brunei , dan tidaklah semiskin apa erk ? . Tapi cukup untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Ramai yang beranggapan , emas hanya untuk mereka yang kaya.Statement ini salah sama sekali.Semua peringkat sepatutnya memiliki emas , bukan orang kaya sahaja.Jika saya tanya sahabat semua , mengapa orang kaya yang suka membeli emas . bukan semua peringkat ? . Jawapan sahabat tentulah tiada duit fiat untuk membeli emas. (more…)

Bila Harga Emas Nak Turun ?

Salam sahabat emas….Apa khabar hari ini , moga sihat disamping kilauan emas.Bagi seorang peniaga emas / agen menjual emas.Soalan yang paling glamour dari seorang pembeli emas adalah “bila harga nak turun ? “. Saya sendiri pun asyik tanya pada “nujum pak belalang” mengenai naik turun harga emas.Tapi ramalan “nujum pak belalang” pun tidak semestinya 100% betul.So apa yang saya lakukan sekarang , ada duit beli jer.Kalau asyik nak tunggu harga turun , memang tidak terbeli ler….Dua tiga minggu yang lepas , harga emas boleh dikategorikan minggu harga emas yang agak tinggi.Tapi ada jugak yang beli , walaupun mahal !!!!!

Slip-Payment-PG0

(more…)

Elok Melabur Dalam Bentuk Emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. (more…)

Jangan Gadai Emas Tanpa Alasan Yang Kukuh

Salam sahabat emas semua…..sebelum penyimpan emas / pembeli emas terlanjur , menyintai saya baik saya berpesan sebelum terlambat.Topik kita pada hari ini mengenai gadai emas di Ar Rahnu atau lain-lain tempat.Saya rasa isu ini perlu di perjelaskan kerana ada segelintir pembeli emas / penyimpan emas membeli emas semata-mata ingin digadaikan.Anda harus ingat , pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang.Sebelum anda gadai emas anda , anda perlu tanya pada diri anda :

Apakah hendak dilakukan dengan duit gadaian emas tersebut ?

Jika soalan diatas jawapannya tidak tahu atau pun nak beli hp baru , jangan gadai emas kerana anda akan kerugian.
(more…)

Rantai Emas atau Jonkong Emas

Salam sahabat……Semalam saya menerima satu panggilan dari salah seorang peminat emas.Beliau bertanya pada saya mana lebih baik membeli rantai emas/gelang emas atau dalam bahasa lebih mudah emas perhiasan berbanding dengan jonkong emas / syiling emas / dinar emas.

Jawapannya amat mudah sekali , jika untuk perhiasan tentulah rantai emas/gelang emas.Tapi untuk pelaburan masa / aset masa depan tentulah jonkong emas / syiling emas / dinar emas.Ini kerana harga barang perhiasaan lebih tinggi berbanding emas dalam bentuk jonkong / syiling / dinar . Susut nilai emas perhiasaan juga lebih tinggi berbanding jonkong (more…)

  • Cerita Emas

  • Komen

  • Kategori

  • Recent Forum Posts

  • Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance