Guna Duit Emas & Perak Beli-Belah Barangan ! Malaysia Bila Lagi ?
February 18, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Cerita Emas, Dinar Emas
“SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu.”
JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.
Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.
Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.
Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).
Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.
“Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas,” kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.
Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.
Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP / Kosmo
Related posts:
- Bila Nak Beli Emas ? Salam sahabat emas….Bila nak beli emas dan waktu sesuai beli...
- Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Gesa Guna Dinar Emas KUALA LUMPUR, 24 Julai 2009 (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan,...
- Antara Dinar Emas dengan Duit Kertas Salam sahabat emas semua….Bersyukur pada Allah Taala dengan izinNya terbuka...
- Simpan Emas Lebih Baik Dari Simpan Duit Kertas Salam sahabat….mungkin ramai dikalangan kita tertanya-tanya mengapa simpan emas lebih...
- Beli Emas atau Beli Handphone Bersyukur pada Allah Taala kerana dengan izinNya terbuka dihati aku...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













