Public Gold Tawar Harga Emas 15% Lebih Rendah
March 1, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Cerita Emas, Public Gold, Public Jewellery
PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), syarikat yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal menerusi anak syarikatnya, Public Jewellery menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang kemas pada harga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata orang ramai yang berminat menjadikan emas sebagai satu daripada sumber pelaburan boleh mendapatkan harga jual beli mengikut harga antarabangsa yang dikemas kini setiap 20 minit.“Kami mampu menawarkan harga belian dan jualan lebih murah kerana semua kos seperti kos upah tukang dan kedai diserap syarikat kerana setiap tempahan, pembelian dan penjualan dilakukan menerusi laman web iaitu www.publicjewellery.com.my.
“Justeru, penjualan dan pembelian secara terus kepada pelanggan tanpa melalui pemborong atau orang tengah. Semua aktiviti dilakukan menerusi Internet.
“Setiap tempahan tidak dikenakan bayaran dan pembayaran hanya dibuat selepas menerima barang,” katanya pada majlis pelancaran Public Jewellery serta Public Silver di Putrajaya, semalam. - Harian Metro
Related posts:
- Barang Kemas Keluaran Public Jewellery Sdn Bhd Assalamualaikum dan salam emas buat semua pengunjung.Tepat pukul 2.00 petang...
- Public Fine Gold International Sdn Bhd Di Harian Metro PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (PFGI), sebuah syarikat tempatan...
- History Harga Emas dan Dinar Public Fine Gold Salam sahabat emas…Sebagai rujukan kita bersama , saya akan capture...
- Dua Produk Terbaru Dari Public Fine Gold Assalamualaikum dan salam emas buat semua.Apa kahabar sahabat semua ,...
- Belian Emas Public Gold Bulan Disember 2009 Salam sahabat emas….Hari ini saya ingin berkongsi jumlah pembelian emas...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













